Home / Cili Dalam / Kaki potong ditemui ditempat pembuangan

Kaki potong ditemui ditempat pembuangan

08hmkaki4.transformed

Gempar!  Dua kaki manusia ditemui orang ramai hasil pemeriksaan dilakukan selepas menghidu bau busuk di tempat pembuangan sampah Pulau Burung. Nibong Tebal di sini, 12 tengah hari semalam.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kaki ditemui oleh orang awam itu dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan mayat wanita tanpa kaki dan kepala pagi kelmarin.

Beliau berkata, penemuan pertama membabitkan kaki kanan manakala pencarian di kawasan berhampiran orang awam menemui kaki kiri berkenaan kira-kira 15 minit kemudian.

“Anggota badan manusia itu dipercayai dicampakkan individu tertentu di kawasan berkenaan lebih dari tempoh 24 jam lalu berikutan keadaannya mula berbau dan reput.

“Kejadian ini pembunuhan paling kejam tahun ini, berikutan itu kami meminta orang ramai menemui anggota badan manusia supaya melaporkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.

Abdul Rahim, memandang serius kejadian itu dan akan melakukan siasatan bagi mengesan individu bertanggungjawab dan membantu menyelesaikan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: hmetro

About Staff Cili

Kami memuatkan berita yang boleh dikategorikan panas untuk tatapan anda semua.

Check Also

Ibu leka bermain handphone anak jatuh dari eskalator

https://youtu.be/Bw5rtM8BTLM Kuala Lumpur : Nasib malang menimpa seorang ibu yang sedang leka sambil bermain handphone  ...

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of