Home / Cili Dalam / Pelajar marathon yang hilang disahkan meninggal

Pelajar marathon yang hilang disahkan meninggal

download_740104390_131984.transformed

Pelajar Tingkatan Empat yang hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang di sini sejak Sabtu lepas ditemui mati oleh sukarelawan mencari dan menyelamat.

Seramai 194 penyelamat telah terbabit dalam percarian tersebut.

Ahmad Rafikin Azman, 16, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), Kuala Terengganu itu ditemui oleh anggota penyelamat sekitar 3.30 petang di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan.

“Mangsa selamat dibawa turun kira-kira 6.40 petang tadi dan ditemui oleh pasukan penyelamat di celah batu. Dia dihantar ke Rumah Mayat Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat,” katanya.

Dalam keadaan hujan lebat, operasi membawa turun mangsa memakan masa hampir tiga jam berikutan cuaca yang buruk dan laluan yang licin.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi khemah operasi mencari dan menyelamat apabila anggota keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak dan ada antara mereka pengsan sejurus mendapat berita sedih itu.

Ahmad Rafikin dilaporkan hilang setelah tidak menamatkan perlumbaan maraton Gunung Gajah Terom dan bapanya Azman Othman, 50, membuat laporan polis kira-kira pukul 6 petang Sabtu.

Azman sebelum itu memaklumkan kepada pihak penganjur bahawa beliau tidak menemui Ahmad Rafikin yang sepatutnya dijemput kira-kira 3 petang selepas acara itu.

Operasi mencari dan menyelamat yang membabitkan anggota pasukan bomba dan penyelamat, polis, Rela, tentera serta penduduk kampung turut disertai anggota keluarga mangsa.

Source: Awani

About Staff Cili

Kami memuatkan berita yang boleh dikategorikan panas untuk tatapan anda semua.

Check Also

Ibu leka bermain handphone anak jatuh dari eskalator

https://youtu.be/Bw5rtM8BTLM Kuala Lumpur : Nasib malang menimpa seorang ibu yang sedang leka sambil bermain handphone  ...

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of