Home / Cili Dalam / Remaja “singlet hitam” dalam kes buli dikenalpasti

Remaja “singlet hitam” dalam kes buli dikenalpasti

hqdefault

Kuala Lumpur: Polis sudah kenal pasti insiden buli diketuai seorang pelajar memakai singlet hitam yang viral di Facebook berlaku di Pontian, empat tahun lalu.

Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datin Asmawati Ahmad berkata, kejadian dikesan berlaku di sebuah sekolah di Pontian, Johor pada 2010.

“Hasil semakan dengan pihak sekolah, suspek utama sudah dibuang sekolah pada Ogos 2011 ekoran pelbagai masalah disiplin.

“Beberapa suspek dan mangsa lain juga sudah dikenal pasti, bagaimanapun sehingga kini tiada laporan polis diterima daripada mangsa atau keluarga dan pihak turut mengesahkan tiada sebarang aduan dibuat berhubung insiden terbabit,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pihak sekolah mendakwa hanya mengetahui berhubung insiden terbabit selepas klip video mengenainya tersebar dan mendapat liputan meluas.

Pengguna laman sosial mula gempar apabila video buli berdurasi 4 minit dan 37 saat dimuat naik malam Isnin lalu, memaparkan sekumpulan pelajar diketuai remaja memakai singlet hitam memukul sembilan pelajar lain di dalam sebuah bilik asrama.

Sepandai pandai tupai melompat, jatuh ketanah juga akhirnya.

About Staff Cili

Kami memuatkan berita yang boleh dikategorikan panas untuk tatapan anda semua.

Check Also

Ibu leka bermain handphone anak jatuh dari eskalator

https://youtu.be/Bw5rtM8BTLM Kuala Lumpur : Nasib malang menimpa seorang ibu yang sedang leka sambil bermain handphone  ...

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of