Home / Cili Dalam / Tidak kepada SF Protect & Perfect Day Cream

Tidak kepada SF Protect & Perfect Day Cream

sfa.transformed

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli dan menggunakan produk ‘SF Protect & Perfect Day Cream’ selepas dikesan mempunyai logam berat merkuri yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik.

Kementerian Kesihatan melarang penjualan produk kosmetik itu berkuat kuasa serta merta.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, syarikat bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan diarahkan memberhentikan penjualan atau pembekalan.

“Syarikat juga diminta memanggil balik semua stok fizikal produk itu dari pasaran dalam tempoh 72 jam.

“Sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta-merta,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, produk dicampur palsu dengan merkuri itu biasanya dipasarkan untuk mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan.

Katanya merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Beliau berkata, ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau belum dilahirkan.

“Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri juga boleh dialami orang sekeliling terutama kanak-kanak apabila produk disapu pada kulit meruap dan dihidu atau mereka menyentuh produk atau orang yang menggunakan produk dan kemudian memasukkan jari ke dalam mulut,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, pemilikan produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

“Pengguna yang mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk kosmetik dinasihatkan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-8835532/5533/5537,”katanya.

Sumber: hmetro

About Staff Cili

Kami memuatkan berita yang boleh dikategorikan panas untuk tatapan anda semua.

Check Also

Ibu leka bermain handphone anak jatuh dari eskalator

https://youtu.be/Bw5rtM8BTLM Kuala Lumpur : Nasib malang menimpa seorang ibu yang sedang leka sambil bermain handphone  ...

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of