Home / Cili Dalam / Ugut RM10,000 atau gambar “anu” disebar

Ugut RM10,000 atau gambar “anu” disebar

anu.transformed

Ini adalah helah yang sudah lapuk dilakukan oleh wanita ataupun lelaki diluar sana, mereka akan mengunakan gambar wanita cantik untuk dijadikan umpan. Berhati hati apabila berkenalan melalui media social seperti whatapps, wechat dan sebagainya. Perempuan sekarang semakin bijak menipu dengan mengugut lelaki yang ke”gersangan” diluar sana.

Kuala Lumpur: ‘Tak bogel maka tak cinta.’ Itulah kata-kata perangkap yang akhirnya membuatkan seorang lelaki kini menyesal selepas menjadi mangsa ugutan seorang wanita yang merakamkan gambar bogelnya.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai John Tan, 30, berkata, dia mengenali suspek menerusi laman sosial Facebooknya sebelum mangsa mengajaknya membuat panggilan video menggunakan laman Skype.

Menurutnya, wanita yang menggunakan nama Sabrina Leung itu meminta bayaran RM10,000 dan mengugut akan memuat naik video mangsa ke laman sosial untuk tontonan umum sekiranya gagal membayar wang berkenaan.

Tan berkata, pada mulanya tidak menghiraukan ugutan itu namun terkejut apabila mendapati video aksi bogelnya sudah dimuat naik ke Youtube.

Tan mengaku dia terpedaya disebabkan riak wajah wanita itu yang cantik selain mempunyai tubuh badan menarik.

Sumber : hmetro

About Staff Cili

Kami memuatkan berita yang boleh dikategorikan panas untuk tatapan anda semua.

Check Also

Ibu leka bermain handphone anak jatuh dari eskalator

https://youtu.be/Bw5rtM8BTLM Kuala Lumpur : Nasib malang menimpa seorang ibu yang sedang leka sambil bermain handphone  ...

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of